Tujuh perkara wanita ini belajar apabila berjumpa pejuang kanser

Puan Maya Amir berkongsi tentang sahabat beliau yang didiagnos dengan kanser payudara. Pertemuan di hospital membuatkan wanita ini mencatatkan tujuh perkara yang beliau pelajari daripada situasi temannya itu.

Oleh: Maya Amir

Saya cari kekuatan nak menulis posting ini. Saya belek gambar saya dan dia baru-baru ini di hospital. Ada gambar dengan teman-teman lain juga. Hati saya berbelah bagi dan akhirnya saya putuskan biarlah gambar itu jadi koleksi peribadi saya.

Seorang kawan saya di diagnos dengan breast cancer. Saya pasti ada kalangan pembaca saya ini mengenali beliau. Tapi maaf, saya tidak akan dedahkan namanya. Biarlah kalian tahu dari orang lain tapi bukan dari saya.

Al-Baqarah : 214

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya : Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).”

Bila saya dapat tahu dia diuji, ayat ini berulang-ulang kali keluar dalam kepala saya. Berlegar-legar.
Benarlah syurga itu mahal!

Sungguh dia hamba terpilih. Tempat saya kat sana belum tentu sebab ayat ni dah mentioned adakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu ujian dan cabaran?

Apalah sangat dengan sakit slipped disc saya?

Sedangkan kawan ini pernah diuji dengan scoliosis dan menjalani dua pembedahan major sebelum ini.
Kawan yang sama inilah bertahun-tahun menunggu untuk mendapat anak pertama. Sedangkan saya, tahun kedua perkahwinan sudah punya anak pertama.
Dan kini kawan yang sama inilah sedang diuji dengan kanser.

Sungguh ujian dia berat. Allah sedang menghantar hadiah-hadiah kepadanya. Sungguh dia diuji tapi dalam masa yang sama Allah sedang mengangkat dia ke 1 darjat yang tinggi.
Tempat kita belum tentu.

Tapi bila saya melihat senyuman dia. Saya tahu, dia sangat kuat. Masih bergelak tawa. Masih bergurau senda. Yes! Dia sangat positif. Saya tahu adakalanya dia rasa lemah. Tapi saya juga tahu dia seorang fighter. Semangat dia kuat kawan.

Alhamdulillah. Saya belajar sesuatu dari dia.

1) Hidup kita ini terlalu singkat untuk rasa marah atau dendam dengan orang. Berbuat baiklah pada sesiapa saja. Tak kira kau kenal rapat atau tidak. Please be nice to everyone.

Adab, tutur dan perbuatan semua kena jaga. Sebab kita tak tahu mungkin ada yang sakit hati dengan kata-kata kita sebelum ini. Tanya khabar kawan-kawan lama. Bukan bila kawan tu dah sakit baru sibuk nak bertanya khabar dan tunjuk rasa simpati, seolah-olah kawan tu dah nak “pergi”.

2) Tunjuk empati bukan membawang konon-konon kau simpati.

Janganlah sibuk nak tengok luka pembedahan dia kat mana. Jangan sibuk tanya macam mana boleh kena? Doktor pun takde jawapan kita pulak nak jadi ahli nujum.

Jangan sibuk bercerita di belakang pesakit macam dia pulak yang doktor nak tahu history pesakit, buang bahagian payudara yang mana.

Jangan sibuk tanya macam-macam. Biarkan pesakit sendiri yang bercerita. Jika dia tak bersedia nak bercerita, hormati dia.

Tapi apabila dia bercerita. Dengar. Pinjamkan telinga dan bahu korang. Dia perlukan sokongan.

3) Datang berziarah

Tolong jangan main terjah wad atau rumah pesakit. Beritahu dahulu. Minta izin untuk melawat. Kena fahami adakalanya pesakit tak bersedia menerima tetamu. Hormati beliau.

4) Jangan promote produk

Ok part ni, saya pulak terasa nak membawang. Sebab saya banyak kali terkena. Asal kita sakit je berduyun-duyun orang promote produk itu dan ini pastu buat comparison orang sekian dah baik. Orang itu dah sembuh. Nasib baik sekarang telinga saya dah kalis.

Saya memerhati kawan saya juga begini. Kasihan dia. Dalam keadaan begini saya fikir nasihat dan rawatan doktor yang utama. Biarlah dia fokus satu persatu dahulu. Benar Allah suruh kita berusaha. Bukan kah rawatan doktor itu salah satu usaha kita? Biar dia berbincang dengan doktor dan keluarga rawatan apa yang sesuai dengan dia. Doktor lebih mengetahui kondisi dia.

5) Tolong jangan cerita tentang kematian atau kisah cancer relapsed depan pesakit

Mati itu pasti. Tapi cara bagaimana kita mati, kita tak tahu. Kanser bukan hukuman mati. Masyarakat seolah-olah melabelkan bila kena kanser mesti mati. Astaghfirullah. Berapa ramai pesakit kanser yang survive kat luar sana?

Bukan ke elok kita bercerita tentang kejayaan mereka yang survive. Dapatkan contact number mereka yang survive dan mungkin boleh introduce kepada pesakit. Mereka perlukan sokongan moral. Mereka perlukan environment yang positif.

6) Jangan bertanya tahap kanser pesakit

Soalan ini sensitif untuk pesakit. Seolah-olah counting the days to death. Biar para doktor sahaja yang tahu.

7) Jangan pertikaikan rawatan yang beliau akan atau sedang lalui

Saya percaya pesakit dan keluarga sudah berbincang dan menimbangtara baik dan buruknya sesuatu rawatan dengan doktor. Kita ni jangan pulak dok sebok-sebok pertikaikan kenapa itu, kenapa ini? Kenapa tak buat itu? Kenapa tak buat begini? Kalaulah tak buat mesti tak jadi. Ni paling pantang saya dengar. Saya yang tak sakit pun boleh emo. Apatah lagi kalau pesakit yang dengar.

Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan kepadanya 4 malaikat.
Malaikat pertama akan ambil seleranya.
Malaikat kedua akan ambil rezekinya.
Malaikat ketiga akan ambil kecantikannya.
Malaikat keempat akan ambil dosanya.

Dan apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan suruh malaikat pertama, kedua dan ketiga untuk beri balik apa yang diambil olehNya buat sementara waktu iaitu nikmat selera, rezeki dan kecantikan. Tapi, Allah tidak menyuruh malaikat keempat untuk beri balik DOSA hambaNya yang telah diambil. Subhanallah.

To my dear friend,
Cancer is only going to be a chapter in your life, not the whole story (Joe Wasser)

Fight. Don’t quit.

My prayers will always be with you.

Lepas hujan, Allah akan hantar pelangi,
Maya Amir

Share supaya lebih ramai prihatin dan jangan membawang terhadap pesakit kanser.

Posting asal beliau di pautan ini: Facebook Maya Amir.

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *