10 Langkah mencegah kanser

Oleh: Zayed Zulkifli

Arwah bapa saya meninggal awal tahun ini. Dia memang sangat suka makan sup tulang dan makanan berlemak. Kalau tak bagi, dia marah. Pada penghujung hayatnya, dia suka suruh adik saya beli McD walaupun selepas menjalani prosedur bypass. Pada pertengahan 2017, dia disahkan menghidap lymphoma DLBCL (sejenis kanser darah). Kanser ini jenis yang sangat agresif.

Ramai rakan yang sama batch dengan saya meninggal dunia disebabkan kanser pada usia muda. Rakan serumah saya juga sudah meninggal disebabkan tumor otak.

Berdasarkan kajian saintifik terkini dan bukti yang berkait rapat dengan kanser, saya ingin kongsikan 10 rekomendasi untuk mencegah kanser dan untuk cancer survivor. Langkah ini dikongsi oleh rakan saya, Dr Zahiruddin yang juga seorang pakar ENT.

10 langkah mencegah kanser:

  1. Jaga berat badan. Pastikan jangan lebih berat badan yang ideal. Kadar lemak dalam badan yang tinggi adalah penyebab pada kebanyakan kanser. Jauhkan pertambahan berat badan apabila semakin berumur. Makanlah secara bersederhana.
  2. Bergerak aktif dan bersenam. Lebih banyak berjalan dan berlari. Lakukan aktiviti fizikal.
  3. Makan lebih banyak bijirin, sayur, buah dan kekacang yang segar.
  4. Jauhi makanan berkalori tinggi. Jauhi makanan segera dan kurangkan pengambilannya. Makanan segera mengandungi gula dan lemak yang tinggi. Makanan hipster yang menjadi kegilaan masa kini terlalu banyak gula dan tinggi kalori.
  5. Kurangkan pengambilan daging merah dan daging yang diproses seperti burger, sosej, nuget dan sebagainya. Jangan makan hidangan seperti ini melebihi 3 kali dalam seminggu. Kalau boleh jangan ambil langsung daging yang diproses atau ambil dalam kuantiti sedikit.
  6. Kurangkan minuman bergula dan berkarbonat seperti Coke, Pepsi, air kotak, air manis dalam botol seperti kopi dan sebagainya.
  7. Jangan minum minuman beralkohol.
  8. Jangan terlalu bergantung kepada suplemen atau makanan tambahan. Makan makanan yang sihat. Bukan bergantung kepada suplemen semata-mata untuk melindungi diri daripada kanser. Kadang-kadang suplemen boleh menjadi makanan kanser. Ia boleh merebak dengan cepat.
  9. Susukan bayi anda dengan susu ibu, jika boleh.
  10. Selepas disahkan dapat kanser, ikut langkah ini. Sila ikut nasihat doktor.

Tidak merokok, elakkan diri daripada terdedah dengan asap rokok dan menghadkan pendedahan kepada sinaran matahari juga penting untuk mengurangkan risiko kanser.

Posting asal boleh dibaca di pautan berikut:

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *