“Awak Hanya Ada Enam Bulan Untuk Hidup,” Kata Doktor Kepada Puan Rose Fazlinda

Oleh: Rose Fazlinda Rusli

Perkongsian pengalaman sebagai pejuang kanser.

Seorang mama kepada empat cahaya mata yang sangat hebat, isteri dan seorang guru di sekolah berdekatan. Beliau baru sahaja mendapat arahan pemindahan selepas permohonan diluluskan baru-baru ini.

Pesakit payudara yang disahkan pada 2012 dan berulang pada 2017. Selepas keluar keputusan PET Scan, doktor pakar onkologi mengatakan kanser yang dihidapi Puan Rose sangat agresif dengan skor 8/9.

Kata doktor, “Saya klasisifikasikan kes awak ini sebagai poor prognosis. Dan awak hanya ada enam bulan sahaja untuk hidup.”

Satu pernyataan yang mengejutkan. Namun, apakah yang dilakukan oleh Puan Rose? Kini, tempoh enam bulan sudah pun berlalu. Malahan, beliau terus bersemangat meneruskan kehidupan seharian dan memberi manfaat pula kepada orang lain.

Bayangkan seorang pejuang kanser, seorang mama, seorang isteri, seorang sukarelawan, seorang usahawan melalui jalan hidupnya dengan tidak kenal putus asa.

Kata azimat yang dipegang ialah “Jangan Mati Sebelum Ajal, Jangan Mengalah Sebelum Kalah.”

Puan Rose Fazlinda Rusli, Breast Cancer Survivor yang berkongsi pengalaman semasa Program Wacana CSM, Aku Ingin Hidup. Seorang yang kuat semangat dan aktivis sukarelawan kanser. Menjadi tunggak kepada CSM Johor dan Yayasan Tunku Abdul Jalil.

Beliau menulis kisah kansernya dalam buku Projek Lavender 2: Kanser, Catatan Hati Tentang Reda.

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *