Buku

“Kanser bukan sahaja menguji penghidapnya malah ahli keluarga, pasangan dan sahabat terdekat. Sesungguhnya tahap kesabaran dan ketabahan manusia itu berbeza-beza. Apabila diuji, tiada lain tempat mengadu selain pada Yang Maha Esa. Saya temui ‘sahabat seperjuangan’ dalam setiap kisah yang dikongsikan.”Zatika Izati Puade, Penterjemah dan penulis bebas

“Kita dapat memahami tentang sesuatu jenis penyakit kanser melalui tanda atau gejala penyakit. Kita juga dapat merasai tekanan emosi yang dilalui oleh pesakit atau waris dan mengetahui persediaan yang perlu dilakukan bagi menghadapinya.”Dr Mohd Khamizi Aziz, Doktor perubatan dan penulis

“Sedih itu tipikal apabila membicarakan mengenai ujian hidup. Itu andaian pertama apabila memegang buku ini. Selepas membaca keseluruhan cerita, wah. Mencari sinar dalam kegelapan adalah kekuatan yang kita boleh ambil dan hadam daripada setiap kisah.  Kanser menyerang tanpa memilih usia, jantina mahupun haiwan. Bagaimana mereka bangkit dan melihat kanser sebagai peluang kedua untuk menikmati hidup, itu nilai perkongsian yang mahal.” Mimi Salleh, Penulis dan usahawan

Pengenalan

Majalah Travel 3Sixty edisi Januari 2018 menyiarkan artikel “The Good Fight” yang berkongsi cerita lima orang AirAsia Allstars yang berdepan cabaran sebagai pesakit kanser.

Kisah mereka menjadi inspirasi kepada pejuang kanser. Malahan, Allahyarham Anaz Ahmad Tajudin iaitu Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Air Asia juga berjuang melawan kanser. Beliau berkata, “I never allow myself to mull over the tought, even for a day, that I would lose the battle.”

Sebelum ini, kanser menyerang kenalan, ahli keluarga kenalan dan saudara mara. Pengetahuan saya tentang kanser juga tidak banyak. Selepas ibu disahkan menghidap kanser di akhir usia,  barulah saya dapat menyelami perasaan ahli keluarga pesakit. Sudah tentu pengalaman kami berbeza. Sukar untuk mengatakan yang saya benar-benar memahami situasi yang mereka lalui. Apatah lagi cabaran dan keperitan yang dialami oleh pesakit.

“Kanser?”
“Betul ke doktor? Betul ke saya ada kanser?”

Tergamam. Tak pasti apa yang hendak dikatakan.

Fikiran kosong. Rasa tidak percaya, sedih dan kecewa bercampur aduk dengan rasa mengharap dan ada kalanya menafikan hakikat penyakit kanser yang menyerang insan tersayang. Sedangkan penyakit ini antara penyebab kematian utama di seluruh dunia. Jumlah kes kanser semakin meningkat dan tidak mengenal usia.

“Bang, anak kita kena kanser!”

Tangisan pecah. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Tidak percaya dengan berita yang disampaikan.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bukan calang-calang dugaan yang menimpa. Kata orang, kanser membunuh. Kata orang, tidak ada harapan lagi apabila disahkan menghidap kanser.

Benarkah?

Tuhan tidak akan memberi dugaan yang hamba-Nya tidak mampu tangani. Ya, lebih mudah berkata-kata namun hakikatnya mereka yang mengalami sahaja yang tahu.

Kanser bukan hanya mengubah kehidupan pesakit. Ia juga mengubah persepsi ahli keluarga pesakit. Perubahan harus dilakukan bagi memberi sokongan kepada pesakit. Namun, pengajaran yang paling besar adalah nilai sebuah kehidupan. Satu perjuangan yang mesti diteruskan sehingga akhir hayat.

Berjuang hidup dengan kanser. Berjuang untuk hidup satu hari lagi. Berjuang untuk terus hidup. Setiap jiwa yang terkesan akibat kanser menjadi sumber inspirasi kepada orang lain. Mungkin insan ini adalah ibu, bapa, anak atau sahabat yang mempunyai kehidupan biasa pada pandangan orang lain. Bekerja, berniaga atau pesara seperti orang lain.

Walaupun begitu, mereka adalah individu yang hebat dan istimewa dalam lingkungan mereka. Ini permata yang kami temui dalam semua kisah kanser yang dikumpulkan dan dibukukan dalam Projek Lavender.

Mengapa Projek Lavender?

Lavender atau warna ungu cerah ialah warna reben kesedaran kanser secara umum. Buku ini menggabungkan kisah pesakit kanser yang pelbagai seperti kanser payudara, pankreas, hati, paru-paru, usus, limfoma dan leukemia.

Reben kesedaran lavender ini tidak begitu popular di Malaysia seperti reben merah jambu untuk kanser payudara. Setiap jenis kanser mempunyai warna reben yang khusus. Oleh itu, Projek Lavender dipilih sebagai tajuk buku ini yang merangkumi pelbagai jenis kanser.

22 kisah kanser dikongsikan oleh penulis. 16 kisah ditulis oleh doktor dan insan yang rapat dengan pesakit. Lima kisah diceritakan oleh pesakit kanser. Satu kisah unik tentang kanser yang menyerang haiwan kesayangan.

Penulis mencatatkan detik penting dalam kehidupan pesakit kanser. Masa bukan ukuran. Walaupun kanser sudah berlaku lebih 20 tahun lalu, penulis mengimbau kembali saat sukar itu seolah-olah ia baru terjadi. Malahan, pesakit kanser yang menulis kisah mereka dalam buku ini juga sangat tabah dan kuat untuk berkongsi cerita.

Salah seorang penulis yang menyumbangkan kisah dalam buku ini meninggal dunia lewat Disember 2017. Beliau adalah pejuang kanser yang melalui detik mencabar setelah didiagnos kanser pada tahun 2014.

Semangat juang penulis sangat hebat. Seperti Dr Paul Kalanithi, seorang pakar bedah neuro yang menulis When Breath Becomes Air. Beliau menulis, “Words have a longevity I do not.”

Kalanithi meninggal dunia sebelum buku diterbitkan. Editor dan isterinya merealisasikan impian beliau dan menjadikan karyanya dapat dibaca di seluruh dunia.

Projek ini adalah satu usaha kami berkongsi pengalaman yang penting dan memberi pendedahan tentang kanser. Sememangnya kanser wujud di sekeliling kita. Ini yang cuba disampaikan lewat buku ini.

Kami mendapatkan pandangan daripada Dr Ros Suzanna tentang isu penting berkaitan kanser. Soal jawab bersama beliau disertakan di bahagian akhir buku ini. Sebagai pakar onkologi, beliau mempunyai pengalaman yang luas merawat dan mengendalikan pelbagai kes berkaitan kanser.

Semoga pembaca mendapat nilai yang bermanfaat daripada buku ini. Tiga perkara yang kami ingin sampaikan. Harapan, inspirasi dan perjuangan.

Senarai kandungan buku:

Satu Destinasi
Hari Itu Dalam Kenangan
Sedih Bukan Untuk Aku
Semangat Yang Hilang
Kanser Bukan Hukuman
Zaki, Permata Hatiku
My Cancer Story: Suatu Monolog
Memori Atuk dan Cik Jai
Kanser Meragut Insan Tersayang
Demi Keluarga
Isteriku Pejuang Kanser
Serangan Kanser Kali Kedua
Kau Pergi Jua, Kakak
Aku Rindu Emak
Doakan Nadiah Sembuh
Pastel
Ibu Dalam Hidup Kami
Derita Di Hujung Usia
Kasih Tanpa Syarat
Kepulangan ke Negeri Abadi
Tujuh Hari Sebagai Bonus
Kanser Tak Mengira Usia
Soal Jawab bersama Dr Ros Suzanna
Info Kanser

Boleh dapatkan buku ini di duapenulis.com dan pesan terus daripada kami.

Pandangan pembaca:

Saya cuma memberi respon dan menyatakan dengan jujur apa yang saya fikir tentang buku yang saya baca. Harapan saya, pencinta buku tak teragak-agak mendapatkan buku ini dan berkongsi rasa yang sama seperti saya. – Normi Nas

Ini buku terbaik Dua Penulis yang saya sangat rekemen kawan-kawan membacanya. Tahniah Sa’adah, Dr Yati dan semua penulis terlibat atas penerbitan buku ini. Kata Sa’adah, buku ini seperti tanggungjawab sosial untuk berkongsi kisah-kisah pesakit kanser, untuk dijadikan inspirasi dan motivasi orang lain. – Rohaniah Noor

Buku ini untuk siapa? Untuk mereka di luar sana yang sedang diuji dengan kanser. Pejuang kanser dan ahli keluarga atau rakan-rakan mereka. Untuk mereka yang masih belum memahami apa yang dilalui oleh pejuang kanser. Inilah bukunya yang boleh anda selami dan hayati perjuangan mereka. – Dr Noor Hayati Yasmin

‘Aku tak mahu orang merasa sedih yang terlalu. Aku tak mahu buat orang menangis.’

Tapi saya tak mampu nak kawal perasaan orang lain. Sedih, gembira, marah, takut. Apa yang penting, saya pasti semua penulis menulis dari hati. Begitulah ia memberi kesan kepada saya yang membacanya. – Norsa’adah Ahmad

Ada yang diceritakan sendiri oleh pesakit, majoriti diceritakan oleh orang yang dekat dengan pesakit. Bukan sahaja dapat ‘mengintai’ di sebalik fikiran dan perasaan mereka, tetapi ada juga banyak maklumat dan pengetahuan tentang penyakit kanser. – Siti Malini Mat

Setiap kali anda menyelak helaian halaman buku ini, setiap kali jugalah terdetik rasa kesyukuran dalam hati. Itu pasti! – Alimie Liman, Goodreads

Selamilah perjalanan pejuang kanser melalui catatan mereka sendiri. Ia mendidik hati, mentarbiah diri, merendahkan eho dan membuatkan kita melihat hidup ini hanyalah semata-mata untuk Allah uji siapakah yang benar sabar, kuat iman dan takwanya antara kita. – Izyan

Membaca buku ini banyak memberi pandang sisi berbeza tentang kehidupan. – Aina Dayana

Dapatkan buku ini di duapenulis.com atau whatapps 019-7522108 atau 019-5593436

Projek Lavender di media:

Harian Metro, 27 April 2018. Laporan penuh boleh dibaca di sini.

Harian Metro, 11 Jun 2018. Siti Alfatihah salah seorang penulis Projek Lavender.

23 orang penulis Projek Lavender:

Anie Alja berasal dari Pulau Pinang dan kini menetap di Perth, Australia. Tiga buku nukilan penulis adalah Moving Out, Mayang Sari dan Filosofi Mak Singa.

Arina Amin seorang suri rumah dan aktif sebagai sukarelawan bagi syarikat Sampaikan Walaupun Satu Ayat, menguruskan GrabNgaji Malaysia, sukarelawan penyelamat haiwan, dan menjadi guru mengaji al-Quran. Pernah menulis puisi dan menggubah lagu.

Faraheeda Mohd Akhir bertugas sebagai pegawai akaun dan menjalankan perniagaan bersama suami sebagai pengedar produk keluaran muslim.

Fazlyn Yusniza Yusof mempunyai kelulusan Ijazah dalam bidang TESL di UiTM, Shah Alam dan bertugas sebagai seorang pendidik di Kolej Vokasional Kuala Kangsar.

Izatul Syazreen Ismail seorang pensyarah di Politeknik Merlimau  dan menjalankan perusahaan tanaman cendawan.

Jahan N.E atau Noor Jahan Ebrahim sudah bersara dengan jawatan terakhir sebagai Pengurus Besar Sumber Manusia dan Pentadbiran. Berasal dari Melaka dan menetap di Petaling Jaya.

Leanne Adam ialah editor dengan latar belakang sains tetapi meminati sastera. Kehidupan berubah selepas disahkan menghidap kanser. Namun, perjuangan diteruskan untuk memperkasakan kualiti dan kuantiti penulis khususnya dalam penulisan fiksyen.

Dr Noor Hayati Yasmin Nga Timin seorang pakar perubatan kecemasan dan sudah menulis lebih 20 buah buku dalam bidang perubatan dan motivasi termasuk novel Kerana Bossku Mr Purple.

Norleen Mohid pernah berkhidmat sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan selama 12 tahun di Perodua. Pernah menetap di Kanada. Penulis menghasilkan novel remaja, KEMBALI di bawah penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2000.

Normujaidah Osman berpengalaman sebagai guru Bahasa Inggeris semenjak tahun 2001. Salah seorang penulis bersama buku Allah Tempat Meminta dan Cerita Dari Hati.

Norsa’adah Ahmad berpengalaman dalam bidang perakaunan dan kewangan. Sudah menulis 7 buah buku dalam bidang kewangan, penulisan dan travelog.

Nur Eliyana Mohd Redhuan berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan. Seorang pejuang kanser sejak didiagnos pada tahun 2014. Penulis kembali ke Rahmatullah pada 24 Disember 2017 semasa dalam pengajian PhD.

Dr Nurul Khairiyah Khairuddin seorang doktor pakar Obstetrik dan Ginekologi di KPJ Ampang Puteri. Pernah bertugas di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Doktor menulis buku Ummi Oncall Lagi dan Bila Naik 2 Line.

Rosli Diming bertugas sebagai pembantu operasi di Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta cawangan Sandakan. Anak bongsu daripada 6 orang adik-beradik.

Dr Ros Suzanna Ahmad Bustamam ialah Pakar Onkologi dan kini memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Radioterapi dan Onkologi di HKL. Beliau telah berkhidmat selama 15 tahun dalam bidang onkologi.

Dr Sakinah Salleh kaunselor profesional dan pensyarah psikologi dan kaunseling. Sudah menulis hampir 10 buku motivasi Islamik dan kekeluargaan dan menjadi penceramah jemputan di TV dan radio.

Sarimah Othman seorang perunding hartanah di Pulau Pinang dan  menjadi ghostwriter sambilan. Pernah memenangi hadiah saguhati kategori novel remaja Sayembara 50 tahun DBP pada tahun 2007.

Safina Hasmoni berasal dari Johor Bahru, Johor dan kini menetap di Selangor bersama suami dan empat orang anak. Akauntan bertauliah dan kini bekerja bebas dari rumah.

Siti Alfatihah Abdullah berasal dari Mentakab, Pahang. Menamatkan pengajian di UTM dan pernah bertugas sebagai pereka grafik dan pegawai pemasaran. Ibu kepada tiga orang anak lelaki dan kini mengusahakan Percetakan Bonda.

Yan Yahaya sedang melanjutkan pengajian PhD di Universiti Teknologi Malaysia. Giat menulis cerpen dan meminati genre kekeluargaan, adat istiadat, cinta dan isu remaja.

Zaila Hafni pernah menjadi editor buku akademik. Kini bekerja sendiri sebagai editor, penterjemah dan penulis bebas. Turut bergerak aktif bersama Akademi Bekerja Di Rumah dan pemilik kedai buku online Hif Bookstore.

Zulkefli Salleh berkhidmat sebagai pendidik di SMK Telok Mas Melaka. Pernah berkhidmat di Perkampungan Orang Asli Sungai Sampo. Meminati alam sekitar dan pernah menyertai Malaysian Nature Society (MNS).

Zuriana Sudin bertugas sebagai Penolong Jurutera di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Berasal dari Kulai, Johor dan dikurniakan tiga orang anak.

Peluang ejen buku Projek Lavender

Kami mengalu-alukan ejen buku yang berminat untuk menjual buku kami. Diskaun hebat diberikan untuk pembelian pukal. Hubungi kami di duapenulis@gmail.com atau whatapps 019-7522108 / 019-5593436.