Tentang Kami

Projek Lavender bermula daripada penulisan buku yang menggabungkan 22 kisah pejuang kanser yang cekal melawan. Laman ini dihasilkan untuk berkongsi artikel berkaitan kanser. Tujuan utama adalah menyebarkan maklumat dan pengalaman pejuang kanser termasuk orang yang terdekat dengan pesakit.

Slogan kami,

We share to know we are not alone.

Kanser memberi kesan kepada pesakit dan juga orang di sekeliling. Statistik di seluruh dunia menunjukkan peningkatan jumlah penghidap kanser. Dengan ruang yang ada ini, kami ingin menyalurkan maklumat dan berkongsi rasa dengan semua yang terlibat dalam perjuangan melawan kanser.

Hubungi kami di duapenulis@gmail.com untuk sebarang pertanyaan.